Lagu Tema Bernam Bulan ini..

Harap Maaf...

Blog Bernam Geng terpaksa direhatkan buat sementara waktu kerana masalah politik dalaman yang melanda dalam sistem pentadbiran Bernam Geng. Perbutan kuasa dan pangkat diantara ahli Bernam mengakibatkan hampir keseluruhan sistem pengurusan kucar-kacir dan pihak pengurusan terpaksa menanggung hutang yang banyak dengan TM,jabatan air,dan karen.Terima Kasih buat penggunjung yang sudi menjengah dan menyokong Blog ini. Diharap sebarang kekasaran dan kesalahan penulisan dapat dimaafkan..pihak pengurusan blog mengucapkan jutaan terima kasih dan harap maaf.

Lagu Tema Bernam bulan ini!!!



Bahasa Terindah ~ A. Samad Said

Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya,
Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya,
Tidak sedetikpun Allah menghindar,
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
Penuh baraqah,
Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.

~ Dato’ A Samad Said

For Friends!!!

buat seorang sahabat Bernam Geng yang luka ditusuk sembilu bisa (bukan buluh runcing) dengan ucapan 'sedangkan makan pun di kedai pakcik manakan sama di kedai cupak!!!' (renung renungkan lah)

News maskara show

Rumah Pena pada 31 Oktober ini jam 8 malam.

Lagu tema Bernam Bulan ini!!!

istimewa buat peminat-peminat lagu-lagu indon...(yg slalu ckap bnci2 mat indon tapi tiap hari layan lagu indon tu la)


How do we know Leonardo was gay?


Menurut laporan, 533 tahun lalu sewaktu berusia 24 tahun, Leonardo dua kali ditangkap, dituduh dan dipenjara 2 bulan kerana meliwat lelaki muda. Namun tuduhan terbabit dibatalkan berikutan ketiadaan saksi dan kekurangan bukti. Dicatatkan, lelaki genius itu tidak pernah berkahwin dan tiada anak dan menganggap hubungan seksual di antara lelaki dan perempuan, menjijikkan. Majoriti ahli sejarah mengatakan Leonardo, gay. sumber

Art For Aids


karya 30 minit by king kudo@org Bernam

Dengan hormatnya tukang taip Bernam Geng mencabar semua warga Bernam dan semua pengunjung blog ini agar menghantar karya ke pertandingan ART FOR AIDS (AFA) hadiah wang tunai boleh dimenangi pada sesiapa yang menghasilkan karya terbaik. Hasilkan karya anda berkaitan AIDS dalam apa jua bentuk hasil karya sama ada grafik, Catan, lukisan atau apa saja. maklumat lanjut boleh terus ke Blog Arts for Aids.

pesanan: buat brader lepas gian yang suka cakap besar tu sila buktikan kejantanan anda. King Kudo telah menghantar karyanya.

Sejarah mungkin berulang...

Adakah mereka betul-betul perjuang yang berjuang untuk agama dan bangsa mereka?

Hang Tuah walaupun wira pada zaman itu tetapi dia telah difitnah berkehendakkan seorang dayang diraja. Walaupun begitu beliau tetap taksub pada pemerintahnya dan sanggup menerima apa sahaja hukuman yang dijatuhkan keatasnya walaupun dia tidak bersalah Hang Tuah langsung tidak mahu membela diri kerana beliau memegang prinsip "Pantang Anak Melayu Menderhaka" dan taat setianya itu sangat dihargai oleh masyarakat zaman itu. Tapi ini adalah taat setia yang betul-betul bodoh kerana dia lebih pentingkan diri orang lain berbanding dirinya sendiri.

Kalaulah prinsip "Pantang Anak Melayu Menderhaka" masih terus dikekalkan , alamatnya orang Melayu kita tidak kemana masih ditampuk lama yang sentiasa akur apa yang orang atas kata dan suruh seperti burung belatuk yang sentiasa mengangguk-anggukkan kepalanya.
sumber 1
sumber 2

Lagu Tema Bernam Bulan ini...



persembahan khas dari saudara Hamdan Ramli.

Karena Maria!!!!

Hari ini krew wartawan Bernam Geng mendapat respon dari salah seorang daripada warga Bernam yang mahu berita ini di postkan ke dalam Blog ini sebagai pemberitahuan dan pengetahuan umum..di bawah ini merupakan petikan daripada berita tersebut.

JAKARTA - Berpuluh-puluh anggota pertubuhan Laskar Pembela Islam (LPI) semalam melakukan demonstrasi aman bagi menentang kehadiran pelakon lucah terkenal dari Jepun, Maria Ozawa (gambar kecil) ke Jakarta.

Demonstrasi aman itu dilakukan di hadapan pejabat syarikat filem Maxima Picture di kawasan Mangga Dua, Jakarta Pusat yang bertanggungjawab membawa Ozawa berlakon dalam filem Menculik Miyabi.

Jurucakap pertubuhan LPI, Eka Jaya berkata, anggota-anggota kumpulan itu akan menyerang syrikat filem tersebut jika mereka masih mahu meneruskan usaha membawa Ozawa atau lebih dikenali sebagai Miyabi ke Indonesia pada pertengahan bulan ini.

"Jangan salahkan kami sekiranya kami memporak-perandakan tempat maksiat ini (pejabat syarikat Maxima Picture) jika pelakon filem lucah ini tetap datang ke Indonesia," katanya. - Agensi


Hal ini mendapat respon negatif daripada salah seorang warga Bernam iaitu Saudara Hafizal atau lebih glemer dengan nama Pijart Eric. Beliau menyatakan bahawa masyrakat jakarta bukan sahaja tidak berfikiran terbuka malahan tidak melayan tetamu dengan sebaikanya. Beliau juga turut menimbulkan rasa kesal diatas tindakan masyrakat jakarta ke atas model dan perlakon idolanya Maria Ozawa. Belliau yang ditemui ketika bermaian Counter strike di kedianman warga bernam amat kecewa kerana pelakon kegemaranya itu tidak berkunjung ke Malaysia. Beliau memberitahu pihak krew sekiranya Maria berkunjung ke negara ini beliau adalah orang pertama yang akan menyambut kedatangan maria. Beliau juga akan memberikan layanan istimewa kepada pelakon popular jepun itu walaupun tidak mempunyai wang. Pihak Bernam walaupun tidak begitu setuju dengan keputusan saudara pijart itu tidak boleh berbuat apa-apa kerana hal itu merupakan kehendak individu.

Sekian laporan daripada Bernam Krew.



Lawatan sambil mencarut!!!

Datok Nobik selepas acara memberi sumbangan.

Bernam, 7 Oct - Menteri dari jambantan perdana Menteri yang memegang jawatan sebagai Menteri Karut Mencarut juga jawatan penting negara iaitu Menteri President, Datok Nobib Rozik pagi ini telah melawat warga Bernam yang sedang nyenyak ketiduran. Beliau yang diiringi menteri-menteri seluruhnya merasa amat dukacita kerana sambutan yang diberi oleh warga Bernam menyambut kedatangan beliau agak kurang memuaskan. Manusia Bernam yang ketika itu masih dialam mimpi basah masih tidak menyedari akan kedatangan Datok serik amat terkejut kerana dikejutkan dengan tujahan buluh runcing dari salah seorang daripada pegawai yang mengeringi beliau.

Datok Nobik yang terkenal dengan slogan 'One Penan One Rape' dalam ceramahnya kepada manusia Bernam memberitahu bahawa tujuan kedatangannya ke sini hanyalah untuk menyampaikan pesanan daripada bekas kekasihnya Altanboya sariboya yang dulunya amat suka singgah ke Tamn Bernam untuk berkaraoke bersama-sama beliau. Salah satu ucapanya yang menarik hati manusia bernam ialah berkaitan Kaum Malanyu yang ada di negara ini. Beliau memberitahu bahawa perkataan 'RAKYAT' yang merupakan perkataan turut temurun sajak dari zaman kesultanan Raja Malanyu dahulu di Malako akan tetap dikekal kan walaupun negara ini mengalami gempa bumi atau serangan gunung berapi. Beliau turut menegaskan bahawa gelaran itu mengambarkan bahawa Semua manusia bawahan yang berada di negara ini kekal berada pada tahap abdi ataupun hamba sepertimana yang diamalkan oleh pembesar dan raja-raja melanyu dahulu kala.

Keputusan itu membuatkan kesemua warga Bernam bersorak-sorak gembira sambil melibat-libas keriangan. 'Anugerah khas daripada Datok Nobik itu bukan sahaja membanggakan Warga Bernam malahan hampir keseluruhan warga Malaysia dikala ini.'..Kata salah seorang daripada manusia Bernam.. Prof.mayat.Dr Pamie mie Lohan. Dalam lawatannya itu Datok Nobik juga sempat menyampaikan sumbangan kepada manusia terdesak Pijarct de erick iaitu koleksi-koleksi porno dari 1009 hingga 2010. Dengan sumbangan itu Datok Nobik berharap saudara Pijart tidak akan merasa siksa zahir dan batin ketika berseorangan.

Dia akhir lawatan ini Datok Nobik memperingatkan agar hamba abdi yang berada di negara ini bersiap sedia menghadapi kemungkinan dirodok sama buluh runcing sama mamat kebal yang datang dari seberang sana. Sebenarnya mamat-mamat itu semua diupah oleh beliau untuk menemani isterinya yang kesunyian di kala malam. Namun di atas ketidakpuasan hati mamat upahan tersebut kerana isterinya Nobik melantak habis semua rendang dibaham isteri Nobik membuatkan golongan ini marah bagaikan orang tak betul. Sekian berita buat hari-hari ini...terima kasih Rakyat.

Wartawan khas Nobik: Edward ariboya

sHIN cHAN Mati!!!

Pengarang dan pelukis dari Crayon Shin-chan, Usui Yoshito telah menghilang sejak tanggal 11 September 2009.

Maebashi: Seorang pendaki menemui mayat Yoshito Usui (51), kartunis serial terkenal Crayon Shinchan" di Gunung Arafune, Jepun, Sabtu pagi (19/9). Untuk memastikan apakah itu mayat Usui, polis akan mengenalpasti mayat tersebut dari dasar jurang di Gunung Arafune.

Sebelumnya Usui memberitahu keluarganya bahawa ia akan melakukan pendakian ke Gunung Arafune, 11 September pagi, Usui juga mengatakan akan pulang pada malam harinya. Namun setelah Usui tidak kunjung pulang pada hari berikutnya (12/9) lalu, polis Saitama bekerjasama dengan polis di Gunma dan Nagano terus melakukan pencarian.

Turut berduka cita, padahal komik crayon shin-chan belum tamat dan dengan ini kalau pengarangnya meninggal dan sudah dikenalpasti oleh keluarga bahwa mayat dengan ciri2 yang sama beerti komik crayon shin-chan tidak akan pernah tamat senasib dengan Doraemon yang tidak akan pernah tamat karana pengarangnya meninggal.

Setelah dikenal pasti
Pada 19september yang lepas kita di gemparkan tentang berita kematian Yoshito Usui (51tahun) iaitu pencipta watak kartun Shin Chan yang terkenal. Mayatnya ditemui dalam sebuah gaung di Gunung Arafune setelah keluarganya membuat laporan polis bahawa beliau tidak pulang ke rumah setelah keluar mendaki di gunung tersebut.




Mari Pantun Memantun...versi bernam

Dalam semak main perempuan,
Ditangkap basah di dalam longkang,
Bukan niat nak makan kawan,
Akhirnya kena sepak terajang.

Mula niat nak main politik,
Pasang bendera keliling bukit,
Bila dia kena kritik,
Macam anjing menyalak bukit.

Cakap sana cakap sini,
Bodek kanan bodek kiri,
Bila tak dapat dia apa lagi,
Macam laki hilang bini.

Dalam kelambu nak ringan-ringan,
Nyamuk datang berkoyan-koyan,
Hajat di hati nak dapat dekan,
Akhirnya tersungkur kena main perempuan.

Datang jauh nak pasang angan,
Banyak duit kena korban,
Bila sampai cukup bulan,
Akhirya kerja tak dapat makan.

Naik kereta ke kota Baharu,
Singgah sebentar makan Budu,
Bila nampak si muka jambu,
Tergulung-guling macam kena candu.

Harap muka memang lawa,
Sekali tengok macam Maria Ozawa,
Tapi sayang perangai dia,
Macam dubuk kena malaria.

Macam dubuk kena malaria,
Pijart kata macam Maria,
Doyok tanya siapa dia,
Pamie jawab itulah dia cikgu Shazilala,
Kembar pada cikgu Suraya.

Lepas Berenti motong getah,
Ingat nak jadi cikgu sekolah,
Tapi masalah tak sudah-sudah,
Akhirnya merempat dok kena ludah.

Pakai tudung macam ustazah,
Baju sendat suka mendedah,
Aku tengok nak telan ludah,
itulah dia liberal sudah.

Sekali tengok macam la baik,
Dua kali tengok ku nak herdik-herdik,
Perasan diri macam terbaik,
Tapi kerja tunggang tebalik.

Buat pantun macam la bagus,
Buat kerja semuanya hancus,
pinjam duit beratus-ratus,
Ah..ada aku kesah poie la mampus.

Kejadian Misteri Aneh lagi menakutkan....

Anda pernah berhadapan dengan situasi misteri dan menakutkan? sekiranya tidak ikutilah pengalaman salah seorang daripada warga bernam yang diganggu oleh mahkluk jahat yang mahu menoda dirinya dikala berseorangan..temubual ini dijalankan khas untuk pembaca dan warga bernam..
Begitulah kisah misteri yang masih menyelubungi warga bernam..

Adakah begini rupa mahkluh aneh yang dinyatakan sring menggangu encik pijart..????

Hari Ini dalam Sejarah i - 2 0ktober 1187

1187- Pengepungan jerusalem - Salahuddin Ayyubi berjaya merebut Jerusalem

Perjuangan Salahuddin dalam membebaskan Palestin tidak datang begitu saja tapi dengan perancangan bertahun lamanya. Apabila dilantik menjadi Gabenor Mesir pada 1169 beliau menyusun strategi membebaskan Baitulmaqdis daripada cengkaman tentera Salib. Pada September 1174, beliau menekan penguasa Dinasti Fatimiyyah supaya tunduk kepada Khalifah Daulat Abbasiyyah di Baghdad. Tiga tahun kemudian, sesudah kematian Sultan Nuruddin, beliau melebarkan sayap kekuasaannya ke Syria dan utara Mesopotamia. Satu persatu wilayah penting berjaya dikuasainya; Damsyik pada 1174, Aleppo atau Halb pada 1138 dan Mosul pada 1186. Selepas disatukan negeri ini di bawah kekuasaannya, baru perebutan Baitulmaqdis dilancarkan dan membawa kejayaannya pada 1192 dengan termeterainya perjanjian antara beliau dan Raja Richard The Lion Heart.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Dia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada suatu ketika berada di Jerusalem dan tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian, dia berdoa: "Ya Tuhanku, aku sudah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan- Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini."

Dengan doa ini perbalahan berlaku di antara musuh yang menatijahkan berita baik bagi tentera Islam beberapa hari kemudian.




nak tengk cita klik kat sini

Ilmu Lakaran 3 penjuru!!!

ilmu mistik lakaran 3 penjuru

Percaya atau tidak ilmu mistik yang diamalkan oleh warga bernam geng amatlah luar biasa dan sangat mistik. cara menghasilkanya juga amat rumit kerana memerlukan otak kemalasan tahap 110% beserta dengan skill-skill yang berada di luar pemikiran manusia biasa. Ilmu mistik tiga penjuru ini amat bekesan dalam menyiapkan sebarang tugasan rumah mahupun tugasan di sekolah. Kerjasama diantara kumpulan juga amat penting tetapi bahayanya tetap ada kerana sebarang kesilapan boleh mengakibatkan munculnya sejenis makhluk aneh bernama 'palagiat'. Sekiranya mahkluk ini muncul bumi bukan sahaja berada di tahap yang paling bahaya malahan seluruh cakerawala akan berada dalam keadaan yang tidak tenteram.

Amaran ilmu ini tidak boleh digunakan bagi orang yang menganggap dirinya amat rajin.

Lagu tema Bernam bulan ini!!!





Lagu Nga Lompak Ago Go - The Swallows

Perian na bule
Atem mu paraben
Celen katerean
Ga ga moana
Ubukna lanceng
Senten anakna senten (2x)

Nyapa a bule
Semo malo-malo
Takok e tak tarema
Epaberem maa
Sangak orengna
Senten anak na senten (2x)

Anan ten...
Acek malo...
Nolleh nolleh
Nga lompak ago go
Nga lompak ago go
Nga lompak ago go
Nga lompak ago go

Terjemahan:

Melompat Ago Go

Semalam saya
Berjumpa perempuan
Jalan bersendirian
Lawa wajahnya
Rambutnya panjang
Dia anak siapa (2x)

Nak tegur saya
Agak malu-malu
Takut tak diterima
Nak buat macam mana
Cantik orangnya
Dia anak siapa (2x)

Menari…
Jangan malu…
Cepat cepat
Melompat ago go
Melompat ago go
Melompat ago go
Melompat ago go

Harapan yang terlerai..by fahmie Salleh


Sedih dan pilu tika melihat lakaran wajah gadis yang dilukis dan dilakar oleh brader pamie ini..bukan kerana gadis ini pernah terlibat dengan mana-mana tragedi ketika pulang berhari raya tetapi suatu hasrat dan harapan yang seakan-akan hancur dan berkecai...itulah gambaran perasaan brader pamie takala beliau melihat hasil karya beliau ini..mana-mana gadis yang sudi hendak mengubati perasaan brader pamie dan mahu wajahnya diabadikan sepertimana potret di atas boleh menghantar komen pujian mahupun krtitikan mengenai potret ini....

First artwork-self potrait by pamie al' pacinto (fahmie salleh)


Salam lepas raya...Bernam geng kembali lagi memanaskan kuping telinga dan meletihkan tulang keting dengan perangai-perangai buruk yang tak boleh dibuat kisah dan tauladan..Gambar di atas merupakan karya pertama yang dihantar oleh brader pamie al'pacinto (lihat bernam hero 4 ) dan bakal dipamerkan di galeri terkemuka di istana King Edward iv, bersebelahan dengan tapak perkuburan francis light yang berada di zimbabwe. Potret ini dilukis takala beliau berada di dalam mood yang sangat baik, namun apa yang boleh dilihat beliau seakan-akan mahu bertukar menjadi sesuatu dalam potret ini disebabkan keadaan tangan beliau dan kaki yang terangkat ke atas..mungkin beliau merupakan jelmaaan kepada pocong mahupun nang nak yang hangat diperkatakan suatu ketika dahulu. Walaupun apa pun kemungkinannya strok garisan yang dipamerkan oleh brader pamie amatlah bagus dan sesiapa yang hendak mengetahui secara lebih lanjut mengenai strok garisan boleh menghubungai saudara pamie di talian yang akan diberitahu kelak. Diharap semua yang melihat boleh memberikan kritikan yang pedas dan berbisa buat brader pamie....

4.4450 bintang buat brader pamie

Diantara Seni, dan Masyarakat yang bodoh!!


Biarlah aku meluahkan semuanya di sini, mungkin aku tidak mampu mengangkat senjata dan sepanduk, beteriak, menjerit bagi mengembalikan hak yang sememangnya dahulu milik pejuang-pejuang seni yang telah lama berjuang menaikan martabat kesenian itu sendiri. Rasanya tidak ada kesan langsung bila aku berteriak di sini malahan terasa diri begitu hina hanya sekadar menulis tanpa melakukan apa-apa untuk menegakkan kebenaran dan hak yang telah dikotori.

Sememangnya aku baru setahun jagung melangkah dalam alam kesenian yang dahulunya aku fikir tidak beperanan langsung dalam industri negara. Masyarakat yang mengajar aku berfikir sebegitu mereka yang menghina seni itu sehinggakan aku juga turut berfikiran seperti mereka. Alangkah bodohnya di sekolah-sekolah mereka menggangap subjek seni itu hanya untuk pelajar-pelajar bodoh yang terencat pemkiranya seperti aku.

Ya aku tidak pandai mengira, tidak tahu bahasa penjajah, tidak tahu perihal sains mengkaji bulan dan bintang, aku hanya tahu melukis, melukis dan melukis. Hinakah aku sekiranya aku hanya tahu melukis, bapakku pernah berkata yang melukis itu tidak mendatangkan apa-apa, tidak ada masa depan yang cerah, tidak seperti peguam, doktor, perompak yang jelas masa depanya lebih cerah berbanding aku. Mereka kata seni melukis tidak mendatangkan masa depan yang cerah, tapi aku tetap melukis dan melukis kerana melalui lukisan kartun-kartunku memberikan kepuasan takkala aku melihat mereka seakan-akan senyum gembira menyambut kepulanganku. Pastinya aku juga memikirkan masa depanku dan aku mahu seni menjadi sebahagian dari masa depanku.

Aku tidak mahu menjadi anak seni yang hanya berdendang dan berdansa, ya mereka juga dianggap anak seni yang disanjung-sanjung tinggi oleh masyarakat. Seni itu bukan sekadar lagu dan nyayian, seni itu universal, sedangkan hubungan badan sekalipun ada yang memanangilnya seni. Aku berbicara perihal seni yang dianggap tidak ada masa depanya di Malaysia. Sejak aku kecil hingga sudah berjanggut masyarakat masih tetap menggangap seni itu tidak ada masa depanya. Mungkin masa depan itu terbuka luas sekiranya aku menyertai rancangan-rancangan hiburan seperti akedemi fantasial yang jelas dan terang-terangan merosakan pemikiran golongan melayu yang bagaikan histeria memuja penyanyi kesukaan mereka. Bukankah kolotnya pemikiran sebegitu? mereka menyanjung perkara yang merosakan tetapi mengeji perkara yang mendatang kebaikan kepada mereka.

Aku tahu bukan sahaja masyarakat tapi pemimpin yang cetek akalnya walaupun tinggi pangkat ilmunya itu. Mereka turut buta hatinya dalam menilai seni tampak dalam masyarakat. Kiranya mereka lebih suka menjerit dan meloncat mempertahankan kuasa dan wang ringgit mereka daripada melakukan sesuatu untuk masyarakat. Mungkin tiada perubahan dalam seni tampak mahupun seni visual negara sedangkan negara lainya sudah maju dan bangga akan nilai kesenian yang dimiliki mereka. 'Nilai' itu bukan sahaja memperlihatkan kemajuan yang mereka miliki malahan nilai itu menaikan ekonomi mereka serta memajukan pemikiran masyarakat mereka.

Aku juga tidak peduli kalian membaca membaca atau tidak penulisanku ini yang pasti ini bukan penamat bagi perjuangan seni aku dan sahabat-sahabat. Bukan beerti kejatuhan ini hanya tinggal sejarah, ini hanya satu pemulaan yang memperlihatkan kebodohan masyarakat yang semakin bodoh, hanya masa akan mencerdikan masyarakat dan 'kerajaan'.......akhir kata dari aku buat warga bernam geng 'kawan jangan makan kawan punya makan' aku sanggup jadi kawan pada kawan dan aku juga sanggup jadi musuh pada kawan yang makan kawan.

.anak buloh betong 09

Baca dan Fikir2...

bagaikan si pengecut yang menikam dari belakang

Keputusan Pembesar-Pembesar Quraish ialah kedua-dua kawan terpaksa dipisahkan.Seorang akan bergabung dgn rakan baru yg belum lagi kenal akal budinya tetapi masih boleh belajar memahaminya dari terus bergabung dengan rakan yang sah tidak setia dan menikam dari belakang...

-org behrang 2009

Untuk Bernam Geng!!!!

Salam minggu nak raya... Semua Bernam Geng digalakan menghantar gambar-gambar karya yang telah anda hasilkan untuk dipamerkan di galeri-galeri terkenal di London, Zimbabwe, Turki Otmaniah, Burma, Pakistan, Kongostan, Parsi, serta di postkan dalam Blog ini. Sekiranya terdapat kisah, cerita, diari, luahan hati dan perasaan, cerita cinta atau sebarang benda-benda mengaraut yang hendak dikongsikan anda boleh menghantar kepada editor blog iaitu King Kudo di tingkat 2. Diharap kisah dan hasil karya yang dihantar dapat menyemarakn lagi semangat warga Bernam untuk berkarya. Segala kerjasama dari anda amatlah diharapkan..

Contoh hasil karya yang hebat..

Tontonan Bernam Geng Bulan ini...

Tengok dan pikir...

bagaikan si bodoh




dan...duit

BERNAM HERO 7

marah tanpa sepak

Lagu tema Bernam Geng Bulan ini!!




Boikot indon!!!'

http://arezeo.blogspot.com/

BERNAM HERO 6


mendownload tanpa sedar

BERNAM HERO 5

menagis tanpa lagu

BERNAM HERO 4

Bergerak tanpa niat

BERNAM HERO 3

melangkah tanpa gaya..

BERNAM HERO 2



Merenung Tanpa Kata

BERNAM HERO 1


Tanpa banyak bicara

Salam Dari Tmn Bernam

Kedatangan kami bukan suka-suka..kami ada misi dan visi yang perlu dilaksanakan..kami tahu kami hensen, kacak dan sewaktu denganya walaupun kami tak ada duit. kami ada bakat..jangan tengok pada rupa kami (walaupun kami ensem) tapi tengoklah pada hati dan perasaan kami.

Kami bukanlah pak lawak walaupun suka buat lawak...jangan pandang hina pada kami kerana kami juga akan pandang hina pada anda...jangan juga pandang kami sebelah mata kerana anda dikurniakan dua belah mata jadi pandanglah menggunakan kedua-dua mata anda..(tikam mata tu baru tau)..sekian dari kami..

king kudo,
wakil penaip tmn Bernam..