Lagu tema Bernam bulan ini!!!





Lagu Nga Lompak Ago Go - The Swallows

Perian na bule
Atem mu paraben
Celen katerean
Ga ga moana
Ubukna lanceng
Senten anakna senten (2x)

Nyapa a bule
Semo malo-malo
Takok e tak tarema
Epaberem maa
Sangak orengna
Senten anak na senten (2x)

Anan ten...
Acek malo...
Nolleh nolleh
Nga lompak ago go
Nga lompak ago go
Nga lompak ago go
Nga lompak ago go

Terjemahan:

Melompat Ago Go

Semalam saya
Berjumpa perempuan
Jalan bersendirian
Lawa wajahnya
Rambutnya panjang
Dia anak siapa (2x)

Nak tegur saya
Agak malu-malu
Takut tak diterima
Nak buat macam mana
Cantik orangnya
Dia anak siapa (2x)

Menari…
Jangan malu…
Cepat cepat
Melompat ago go
Melompat ago go
Melompat ago go
Melompat ago go

Harapan yang terlerai..by fahmie Salleh


Sedih dan pilu tika melihat lakaran wajah gadis yang dilukis dan dilakar oleh brader pamie ini..bukan kerana gadis ini pernah terlibat dengan mana-mana tragedi ketika pulang berhari raya tetapi suatu hasrat dan harapan yang seakan-akan hancur dan berkecai...itulah gambaran perasaan brader pamie takala beliau melihat hasil karya beliau ini..mana-mana gadis yang sudi hendak mengubati perasaan brader pamie dan mahu wajahnya diabadikan sepertimana potret di atas boleh menghantar komen pujian mahupun krtitikan mengenai potret ini....

First artwork-self potrait by pamie al' pacinto (fahmie salleh)


Salam lepas raya...Bernam geng kembali lagi memanaskan kuping telinga dan meletihkan tulang keting dengan perangai-perangai buruk yang tak boleh dibuat kisah dan tauladan..Gambar di atas merupakan karya pertama yang dihantar oleh brader pamie al'pacinto (lihat bernam hero 4 ) dan bakal dipamerkan di galeri terkemuka di istana King Edward iv, bersebelahan dengan tapak perkuburan francis light yang berada di zimbabwe. Potret ini dilukis takala beliau berada di dalam mood yang sangat baik, namun apa yang boleh dilihat beliau seakan-akan mahu bertukar menjadi sesuatu dalam potret ini disebabkan keadaan tangan beliau dan kaki yang terangkat ke atas..mungkin beliau merupakan jelmaaan kepada pocong mahupun nang nak yang hangat diperkatakan suatu ketika dahulu. Walaupun apa pun kemungkinannya strok garisan yang dipamerkan oleh brader pamie amatlah bagus dan sesiapa yang hendak mengetahui secara lebih lanjut mengenai strok garisan boleh menghubungai saudara pamie di talian yang akan diberitahu kelak. Diharap semua yang melihat boleh memberikan kritikan yang pedas dan berbisa buat brader pamie....

4.4450 bintang buat brader pamie

Diantara Seni, dan Masyarakat yang bodoh!!


Biarlah aku meluahkan semuanya di sini, mungkin aku tidak mampu mengangkat senjata dan sepanduk, beteriak, menjerit bagi mengembalikan hak yang sememangnya dahulu milik pejuang-pejuang seni yang telah lama berjuang menaikan martabat kesenian itu sendiri. Rasanya tidak ada kesan langsung bila aku berteriak di sini malahan terasa diri begitu hina hanya sekadar menulis tanpa melakukan apa-apa untuk menegakkan kebenaran dan hak yang telah dikotori.

Sememangnya aku baru setahun jagung melangkah dalam alam kesenian yang dahulunya aku fikir tidak beperanan langsung dalam industri negara. Masyarakat yang mengajar aku berfikir sebegitu mereka yang menghina seni itu sehinggakan aku juga turut berfikiran seperti mereka. Alangkah bodohnya di sekolah-sekolah mereka menggangap subjek seni itu hanya untuk pelajar-pelajar bodoh yang terencat pemkiranya seperti aku.

Ya aku tidak pandai mengira, tidak tahu bahasa penjajah, tidak tahu perihal sains mengkaji bulan dan bintang, aku hanya tahu melukis, melukis dan melukis. Hinakah aku sekiranya aku hanya tahu melukis, bapakku pernah berkata yang melukis itu tidak mendatangkan apa-apa, tidak ada masa depan yang cerah, tidak seperti peguam, doktor, perompak yang jelas masa depanya lebih cerah berbanding aku. Mereka kata seni melukis tidak mendatangkan masa depan yang cerah, tapi aku tetap melukis dan melukis kerana melalui lukisan kartun-kartunku memberikan kepuasan takkala aku melihat mereka seakan-akan senyum gembira menyambut kepulanganku. Pastinya aku juga memikirkan masa depanku dan aku mahu seni menjadi sebahagian dari masa depanku.

Aku tidak mahu menjadi anak seni yang hanya berdendang dan berdansa, ya mereka juga dianggap anak seni yang disanjung-sanjung tinggi oleh masyarakat. Seni itu bukan sekadar lagu dan nyayian, seni itu universal, sedangkan hubungan badan sekalipun ada yang memanangilnya seni. Aku berbicara perihal seni yang dianggap tidak ada masa depanya di Malaysia. Sejak aku kecil hingga sudah berjanggut masyarakat masih tetap menggangap seni itu tidak ada masa depanya. Mungkin masa depan itu terbuka luas sekiranya aku menyertai rancangan-rancangan hiburan seperti akedemi fantasial yang jelas dan terang-terangan merosakan pemikiran golongan melayu yang bagaikan histeria memuja penyanyi kesukaan mereka. Bukankah kolotnya pemikiran sebegitu? mereka menyanjung perkara yang merosakan tetapi mengeji perkara yang mendatang kebaikan kepada mereka.

Aku tahu bukan sahaja masyarakat tapi pemimpin yang cetek akalnya walaupun tinggi pangkat ilmunya itu. Mereka turut buta hatinya dalam menilai seni tampak dalam masyarakat. Kiranya mereka lebih suka menjerit dan meloncat mempertahankan kuasa dan wang ringgit mereka daripada melakukan sesuatu untuk masyarakat. Mungkin tiada perubahan dalam seni tampak mahupun seni visual negara sedangkan negara lainya sudah maju dan bangga akan nilai kesenian yang dimiliki mereka. 'Nilai' itu bukan sahaja memperlihatkan kemajuan yang mereka miliki malahan nilai itu menaikan ekonomi mereka serta memajukan pemikiran masyarakat mereka.

Aku juga tidak peduli kalian membaca membaca atau tidak penulisanku ini yang pasti ini bukan penamat bagi perjuangan seni aku dan sahabat-sahabat. Bukan beerti kejatuhan ini hanya tinggal sejarah, ini hanya satu pemulaan yang memperlihatkan kebodohan masyarakat yang semakin bodoh, hanya masa akan mencerdikan masyarakat dan 'kerajaan'.......akhir kata dari aku buat warga bernam geng 'kawan jangan makan kawan punya makan' aku sanggup jadi kawan pada kawan dan aku juga sanggup jadi musuh pada kawan yang makan kawan.

.anak buloh betong 09

Baca dan Fikir2...

bagaikan si pengecut yang menikam dari belakang

Keputusan Pembesar-Pembesar Quraish ialah kedua-dua kawan terpaksa dipisahkan.Seorang akan bergabung dgn rakan baru yg belum lagi kenal akal budinya tetapi masih boleh belajar memahaminya dari terus bergabung dengan rakan yang sah tidak setia dan menikam dari belakang...

-org behrang 2009

Untuk Bernam Geng!!!!

Salam minggu nak raya... Semua Bernam Geng digalakan menghantar gambar-gambar karya yang telah anda hasilkan untuk dipamerkan di galeri-galeri terkenal di London, Zimbabwe, Turki Otmaniah, Burma, Pakistan, Kongostan, Parsi, serta di postkan dalam Blog ini. Sekiranya terdapat kisah, cerita, diari, luahan hati dan perasaan, cerita cinta atau sebarang benda-benda mengaraut yang hendak dikongsikan anda boleh menghantar kepada editor blog iaitu King Kudo di tingkat 2. Diharap kisah dan hasil karya yang dihantar dapat menyemarakn lagi semangat warga Bernam untuk berkarya. Segala kerjasama dari anda amatlah diharapkan..

Contoh hasil karya yang hebat..

Tontonan Bernam Geng Bulan ini...

Tengok dan pikir...

bagaikan si bodoh




dan...duit

BERNAM HERO 7

marah tanpa sepak

Lagu tema Bernam Geng Bulan ini!!




Boikot indon!!!'

http://arezeo.blogspot.com/

BERNAM HERO 6


mendownload tanpa sedar

BERNAM HERO 5

menagis tanpa lagu

BERNAM HERO 4

Bergerak tanpa niat

BERNAM HERO 3

melangkah tanpa gaya..

BERNAM HERO 2



Merenung Tanpa Kata

BERNAM HERO 1


Tanpa banyak bicara

Salam Dari Tmn Bernam

Kedatangan kami bukan suka-suka..kami ada misi dan visi yang perlu dilaksanakan..kami tahu kami hensen, kacak dan sewaktu denganya walaupun kami tak ada duit. kami ada bakat..jangan tengok pada rupa kami (walaupun kami ensem) tapi tengoklah pada hati dan perasaan kami.

Kami bukanlah pak lawak walaupun suka buat lawak...jangan pandang hina pada kami kerana kami juga akan pandang hina pada anda...jangan juga pandang kami sebelah mata kerana anda dikurniakan dua belah mata jadi pandanglah menggunakan kedua-dua mata anda..(tikam mata tu baru tau)..sekian dari kami..

king kudo,
wakil penaip tmn Bernam..