Diantara Seni, dan Masyarakat yang bodoh!!


Biarlah aku meluahkan semuanya di sini, mungkin aku tidak mampu mengangkat senjata dan sepanduk, beteriak, menjerit bagi mengembalikan hak yang sememangnya dahulu milik pejuang-pejuang seni yang telah lama berjuang menaikan martabat kesenian itu sendiri. Rasanya tidak ada kesan langsung bila aku berteriak di sini malahan terasa diri begitu hina hanya sekadar menulis tanpa melakukan apa-apa untuk menegakkan kebenaran dan hak yang telah dikotori.

Sememangnya aku baru setahun jagung melangkah dalam alam kesenian yang dahulunya aku fikir tidak beperanan langsung dalam industri negara. Masyarakat yang mengajar aku berfikir sebegitu mereka yang menghina seni itu sehinggakan aku juga turut berfikiran seperti mereka. Alangkah bodohnya di sekolah-sekolah mereka menggangap subjek seni itu hanya untuk pelajar-pelajar bodoh yang terencat pemkiranya seperti aku.

Ya aku tidak pandai mengira, tidak tahu bahasa penjajah, tidak tahu perihal sains mengkaji bulan dan bintang, aku hanya tahu melukis, melukis dan melukis. Hinakah aku sekiranya aku hanya tahu melukis, bapakku pernah berkata yang melukis itu tidak mendatangkan apa-apa, tidak ada masa depan yang cerah, tidak seperti peguam, doktor, perompak yang jelas masa depanya lebih cerah berbanding aku. Mereka kata seni melukis tidak mendatangkan masa depan yang cerah, tapi aku tetap melukis dan melukis kerana melalui lukisan kartun-kartunku memberikan kepuasan takkala aku melihat mereka seakan-akan senyum gembira menyambut kepulanganku. Pastinya aku juga memikirkan masa depanku dan aku mahu seni menjadi sebahagian dari masa depanku.

Aku tidak mahu menjadi anak seni yang hanya berdendang dan berdansa, ya mereka juga dianggap anak seni yang disanjung-sanjung tinggi oleh masyarakat. Seni itu bukan sekadar lagu dan nyayian, seni itu universal, sedangkan hubungan badan sekalipun ada yang memanangilnya seni. Aku berbicara perihal seni yang dianggap tidak ada masa depanya di Malaysia. Sejak aku kecil hingga sudah berjanggut masyarakat masih tetap menggangap seni itu tidak ada masa depanya. Mungkin masa depan itu terbuka luas sekiranya aku menyertai rancangan-rancangan hiburan seperti akedemi fantasial yang jelas dan terang-terangan merosakan pemikiran golongan melayu yang bagaikan histeria memuja penyanyi kesukaan mereka. Bukankah kolotnya pemikiran sebegitu? mereka menyanjung perkara yang merosakan tetapi mengeji perkara yang mendatang kebaikan kepada mereka.

Aku tahu bukan sahaja masyarakat tapi pemimpin yang cetek akalnya walaupun tinggi pangkat ilmunya itu. Mereka turut buta hatinya dalam menilai seni tampak dalam masyarakat. Kiranya mereka lebih suka menjerit dan meloncat mempertahankan kuasa dan wang ringgit mereka daripada melakukan sesuatu untuk masyarakat. Mungkin tiada perubahan dalam seni tampak mahupun seni visual negara sedangkan negara lainya sudah maju dan bangga akan nilai kesenian yang dimiliki mereka. 'Nilai' itu bukan sahaja memperlihatkan kemajuan yang mereka miliki malahan nilai itu menaikan ekonomi mereka serta memajukan pemikiran masyarakat mereka.

Aku juga tidak peduli kalian membaca membaca atau tidak penulisanku ini yang pasti ini bukan penamat bagi perjuangan seni aku dan sahabat-sahabat. Bukan beerti kejatuhan ini hanya tinggal sejarah, ini hanya satu pemulaan yang memperlihatkan kebodohan masyarakat yang semakin bodoh, hanya masa akan mencerdikan masyarakat dan 'kerajaan'.......akhir kata dari aku buat warga bernam geng 'kawan jangan makan kawan punya makan' aku sanggup jadi kawan pada kawan dan aku juga sanggup jadi musuh pada kawan yang makan kawan.

.anak buloh betong 09

0 comments:

Post a Comment