Hari Ini dalam Sejarah i - 2 0ktober 1187

1187- Pengepungan jerusalem - Salahuddin Ayyubi berjaya merebut Jerusalem

Perjuangan Salahuddin dalam membebaskan Palestin tidak datang begitu saja tapi dengan perancangan bertahun lamanya. Apabila dilantik menjadi Gabenor Mesir pada 1169 beliau menyusun strategi membebaskan Baitulmaqdis daripada cengkaman tentera Salib. Pada September 1174, beliau menekan penguasa Dinasti Fatimiyyah supaya tunduk kepada Khalifah Daulat Abbasiyyah di Baghdad. Tiga tahun kemudian, sesudah kematian Sultan Nuruddin, beliau melebarkan sayap kekuasaannya ke Syria dan utara Mesopotamia. Satu persatu wilayah penting berjaya dikuasainya; Damsyik pada 1174, Aleppo atau Halb pada 1138 dan Mosul pada 1186. Selepas disatukan negeri ini di bawah kekuasaannya, baru perebutan Baitulmaqdis dilancarkan dan membawa kejayaannya pada 1192 dengan termeterainya perjanjian antara beliau dan Raja Richard The Lion Heart.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Dia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada suatu ketika berada di Jerusalem dan tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian, dia berdoa: "Ya Tuhanku, aku sudah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan- Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini."

Dengan doa ini perbalahan berlaku di antara musuh yang menatijahkan berita baik bagi tentera Islam beberapa hari kemudian.




nak tengk cita klik kat sini

0 comments:

Post a Comment