Sejarah mungkin berulang...

Adakah mereka betul-betul perjuang yang berjuang untuk agama dan bangsa mereka?

Hang Tuah walaupun wira pada zaman itu tetapi dia telah difitnah berkehendakkan seorang dayang diraja. Walaupun begitu beliau tetap taksub pada pemerintahnya dan sanggup menerima apa sahaja hukuman yang dijatuhkan keatasnya walaupun dia tidak bersalah Hang Tuah langsung tidak mahu membela diri kerana beliau memegang prinsip "Pantang Anak Melayu Menderhaka" dan taat setianya itu sangat dihargai oleh masyarakat zaman itu. Tapi ini adalah taat setia yang betul-betul bodoh kerana dia lebih pentingkan diri orang lain berbanding dirinya sendiri.

Kalaulah prinsip "Pantang Anak Melayu Menderhaka" masih terus dikekalkan , alamatnya orang Melayu kita tidak kemana masih ditampuk lama yang sentiasa akur apa yang orang atas kata dan suruh seperti burung belatuk yang sentiasa mengangguk-anggukkan kepalanya.
sumber 1
sumber 2

0 comments:

Post a Comment